TANAMAN DURIAN BERSAMA
BAJA ORGANIK CECAIR DIGROW
Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian)[2] yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.[3] Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.
Durian ialah buah
tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia,
tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-19, Alfred Russel Wallace, masyhur memerikan isi
buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Buah ini boleh
dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada
pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya
juga boleh dimakan jika dimasak.
Isi buah ini
mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum
dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang
lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi
daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa
dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah
menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan
awam di Asia Tenggara.
Terdapat lebih 30
jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan
daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus
merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa:
spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun terdapat ratusan
kultivar durian;
banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya
berbeza-beza di pasaran.
BAJA ORGANIK DIGROW

